Tuesday, 10 December 2013

KHASIAT PROTEIN IKAN KEPADA TUBUH BADAN MANUSIA

       Protein ialah rantaian asid amino yang menggandungi anggaran 50%C 22%O2 7%H dan 16%N. Tubuh badan manusia memerlukan protein sebagai sumber kepada amino asid yang tidak boleh dihasilkan secara semulajadi oleh sistem tubuh.

      Fungsi Protein kepada tubuh badan manusia ialah seperti berikut:
  • pertumbuhan/mengekalkan tisu,kulit dan tulang (1/3 tulang adalah protein )
  • sebagai hormon 
  • sebagai antibodi (sistem pertahanan badan)
  • berfungsi sebagai protein penggerak (contoh :myoglobin menjadi protein penggerak oksigen dalam hemoglobin /darah merah)
      Ikan membekalkan 60%-70% protein kepada manusia.Justeru pengambilan protein yang betul dapat memberikan kesihatan yang baik kepada tubuh badan manusia.

Wednesday, 4 December 2013

BEBOLA IKAN~HASILAN IKAN SEJUKBEKU

        Produk ini dikatogorikan sebagai produk sejukbeku kerana suhu penyimpanan ialah pada  -18 darjah selsius.

     Jenis ikan yang boleh digunakan untuk menghasilkan bebola ikan ialah ikan berisi putih. Jika sumber untuk mendapatkan bahan mentah ikan segar adalah terhad, proses penghasilan produk ini boleh juga menggunakan surimi.



PRODUK MAKANAN HASILAN IKAN SEJUKBEKU

    Produk makanan hasilan ikan sejukbeku diistilahkan sebagai makanan yang dihasilkan menggunakan ikan sebagai bahan asas utama. Peratusan ikan di dalam penghasilan produk ini mesti lah melebihi 50% daripada bahan-bahan ramuan yang lain. Manakala suhu penyimpanan produk ini telah ditetapkan pada tahap sejukbeku iaitu -18 darjah selsius. 

        Terdapat pelbagai produk yang boleh dihasilkan iaitu bebola ikan, kek ikan, nuget ikan, burger ikan dan otak-otak ikan popia.